24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta

    Shopee Sale

    Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta susulan ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya hari ini.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

    Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menghadiri mesyuarat yang bermula pada pukul tiga petang itu.

    Turut hadir ialah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, dengan Amerika Syarikat bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati.

    MENARIK:  Daim Zainuddin meninggal dunia

    Kedua-dua Kemboja dan Thailand mencapai persefahaman bersama iaitu gencatan senjata serta merta tanpa syarat, berkuat kuasa mulai pukul 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai 2025.

    Ini merupakan langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan. 

    Jumaat lepas, Anwar telah menghubungi Phumtham dan Manet secara berasingan, memohon kedua-dua pemimpin supaya segera melaksanakan gencatan senjata dan kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian mereka.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah