27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Selesai tuntutan MA63 dengan perbincangan, bukan ‘berperang’

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyelesaian tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilaksanakan melalui perbincangan dan rundingan yang rasional, bukannya melalui konfrontasi, ‘berperanang’ atau perselisihan.

    Anwar berkata kerajaan Madani komited menyelesaikan tuntutan itu secara menyeluruh, antaranya melalui perbincangan dan rundingan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

    “Sekarang pun kita sedang berbincang. Fadillah mengetuai jawatankuasa teknikal, kita adakan mesyuarat untuk bincang bersama. Jika setuju, kita laksanakan; jika tidak, bincang semula dan undi lagi. Inilah cara kita bekerjasama, bukan untuk ‘berperanang’,” katanya ketika berucap pada Program Rancakkan Madani di Kota Kinabalu hari ini.

    Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Mohamad Fauzi Md Isa, serta lebih 2,000 peserta program termasuk pelajar universiti dan komuniti setempat.

    MENARIK:  GRS akan bincang kerjasama dengan PH hadapi PRN Sabah - Hajiji

    Menyentuh mengenai tuntutan pemulangan hasil 40 peratus untuk Sabah, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya mendalami dan memahami perkara tersebut terlebih dahulu.

    “Saya tadi (melawat) Jalan Gaya, dengar jeritan tentang hasil 40 peratus Sabah. Dengarlah dulu, fahami dulu. Memang terkandung dalam MA63, tetapi tiga tahun lalu (sejak kerajaan Madani mentadbir), kita sudah membincangkannya,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah