33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM sampai sumbangan pada aktivis Tan 'rambut panjang'

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis reformasi Tan Chee Hooi yang diuji masalah kesihatan, selain baru kehilangan anak sulung.

    Anwar berkata sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau menziarahi Tan, atau lebih dikenali sebagai Tan Rambut Panjang dalam kalangan rakan aktivis, baru-baru ini.

    "Tiga bulan lepas saudara Tan telah kehilangan anak sulungnya akibat sakit jantung.

    "Malah saya juga dimaklumkan keadaan kesihatan beliau juga tidak begitu baik apabila menghidap penyakit darah tinggi," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kos perubatan dan kehidupan seharian Tan serta keluarga.

    MENARIK:  Skandal Sabah: Lagi banyak ‘bukti menjahanamkan’ akan dibongkar

    Perdana Menteri juga mendoakan supaya Tan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup bersama keluarga.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah