29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Pengusaha bas sekolah boleh rayu subsidi diesel

    Shopee Sale

    Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memastikan semua golongan sasar yang layak akan menerima bantuan itu.

    "Kalau dia perlu dan memang untuk bas sekolah, kita bagi. Ya, boleh. Ada masa untuk merayu dan (kita akan) berikan tetapi kalau sengaja diambil peluang, kalau syarikat-syarikat besar, syarikat pelancongan yang untung besar, tak munasabah dapat subsidi.

    "Subsidi ini (diberikan) kepada orang susah," katanya ketika berucap merasmikan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Bagan Serai, Perak hari ini.

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan sekali lagi memberi amaran kepada pengusaha bas sekolah yang menerima subsidi tetapi menaikkan harga tambang bahawa lesen mereka akan ditarik.

    MENARIK:  Helikopter terbakar di Bentong, seorang maut

    Dia berkata kerajaan turut mengambil maklum kebimbangan rakyat mengenai kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel.

    "Ada yang tanya, harga barang naikkah? Saya kata kita pantau.

    "Ada orang anak naik bas sekolah, dia kata nak naik ke harga? Saya kata kita pantau, kita mahu semua yang layak dapat subsidi ini,” katanya.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah