28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, mata wang kripto

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra.

    Anwar berkata pertemuan dengan Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal Pengerusi ASEAN itu membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.

    "Pada sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas Menteri Luar Singapura George Yeo," katanya menerusi catatan di Facebook, semalam.

    Pada 16 Dis lepas, Anwar mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

    Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Jan, kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.

    MENARIK:  Kos bina rumah baru PPRS dinaikkan

    Malaysia sebelum ini pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah