28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKR sokong pendirian Paus Leo XIV, bidas Trump isu Iran

    Shopee Sale

    PKR menyatakan solidariti teguh terhadap Paus Leo XIV susulan pendiriannya menentang ancaman peperanangan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan rejim Zionis terhadap Iran.

    Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Maszlee Malik berkata, tindakan tersebut merupakan satu seruan untuk keamanan dan kawalan diri ketika dunia berada di ambang konflik yang lebih luas.

    “Kami memuji pengisytiharan tegas Paus bahawa dia ‘tidak takut dengan pentadbiran Trump’ dalam menyuarakan kebenaran Gospel. 

    “Ini bukan sekadar pendirian seorang pemimpin agama; ia adalah penzahiran keberanian moral dalam menghadapi hegemoni yang agresif,” kata bekas menteri pendidikan.

    Maszlee Malik

    Dalam kenyataan hari ini, Maszlee juga membidas kenyataan balas Trump terhadap Paus Leo XIV yang menyifatkan pemimpin agama itu sebagai "lemah dalam menangani jenayah" dan "teruk dalam dasar luar".

    MENARIK:  'Surat layang burukkan Hamzah cetus persoalan siapa di belakangnya'

    Maszlee menyifatkan serangan Trump sebagai satu bentuk penghinaan diplomatik dan serangan terhadap kebebasan beragama.

    "Trump yang menuntut supaya pihak gereja mengehadkan perananan mereka mengikut imaginasi politiknya yang sempit adalah satu serangan terhadap prinsip kebebasan beragama dan kemerdekaan moral," katanya.

    PKR turut mengkritik tindakan pentadbiran AS yang menggunakan imej yang menggambarkan Trump sebagai figura seperti Jesus, yang disifatkan sebagai "delusi maha kuasa".

    Biro tersebut menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong gesaan Vatican bagi segera mengendurkan ketegangan dan kembali kepada diplomasi pelbagai hala.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah