26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pesuruhjaya PAS Sabah lapor polis lepas rumah disimbah cat merah

    Shopee Sale

    Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan membuat laporan polis berhubung dakwaan tindakan ugutan oleh individu tidak dikenali.

    Aliakbar membuat laporannya di balai polis Alamesra di Kota Kinabalu semalam, selepas anaknya kira-kira jam 8 pagi menemui sekeping kertas bertulis “DATUK” dengan cat merah, berserta sebiji batu, di luar pagar rumah mereka.

    “Turut ditemui plastik lut sinar berisi batu dan cat merah hingga cat tersebut terkena dinding rumah saya.

    “Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah sebagai makluman keselamatan kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku pada kemudian hari, selain untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis,” katanya dipetik Sinar Harian.

    Aliakbar bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi menegaskan jika perbuatan itu bermotifkan politik, ia tidak boleh diterima.

    “Kita tidak meletakkan sebarang tuduhan atau mengaitkan dengan apa-apa isu. Cuma kalau ia berkaitan faktor politik, saya anggap ini politik yang sudah kuno.

    MENARIK:  Ahli akademik kritik MCMC ditahan, didakwa di Thailand

    “Jangan berulang seumpama ini. Kita meraikan demokrasi dengan aman dan damai. Saya sendiri secara peribadi tidak pernah membawa politik maki hamun atau mencaci orang lain.

    “Saya tetap bergerak dalam politik penuh dengan adab dan etika. Saya berharap pihak lain juga, sama ada orang awam atau ahli politik, dapat membawa budaya politik yang baik kerana budaya masyarakat kita adalah lemah lembut.

    “Saya tidak mahu membuat sebarang tuduhan, cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam perjalanan kempen,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah