25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat lepas isytihar kecemasan

    Shopee Sale

    Penerbangan Malaysia Airlines MH720 dari Jakarta ke Kuala Lumpur yang membawa 114 penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi selepas mengisytiharkan kecemasan ketika dalam penerbangan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi di Putrajaya hari ini, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.

    MENARIK:  Jerutan di leher punca kematian Zayn Rayyan - pakar forensik

    “Tiada kecederaan dilaporkan. Semua penumpang telah keluar dari pesawat dan sedang menunggu bagasi, yang mungkin mengambil sedikit masa. Bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan, mereka akan diuruskan bagi perjalanan seterusnya,” katanya tanpa mendedahkan punca kecemasan.

    Isyarat kecemasan diterima pada 6.02 petang dan pesawat itu selamat mendarat di landasan 32R KLIA pada pukul 6.17 petang, katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah