26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perubahan iklim: Warga emas berdepan risiko tinggi – PBB

    Shopee Sale

    Warga emas berdepan risiko tinggi akibat kesan perubahan iklim, menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    "Gelombang haba antara kesan perubahan iklim yang paling kerap dan membawa maut, selain banjir serta pengecutan litupan ais," kata Ketua Pengarah UNEP, Inger Andersen.

    "Kita perlu bersedia menghadapi risiko daripada kesan ini, terutamanya terhadap golongan paling terdedah, termasuk warga tua."

    Kematian tahunan dalam kalangan warga emas berkaitan suhu panas meningkat kira-kira 85 peratus sejak 1990-an.

    MENARIK:  ULASAN | Mahukah FAM tebus kesalahan?

    Warga emas – terutamanya mereka yang menghidap penyakit kronik, lemah badan atau pergerakan yang terhad – lebih terdedah kepada masalah kesan haba, termasuk penyakit pernafasan, kardiovaskular dan metabolisme. Kadar kematian juga lebih tinggi dalam kumpulan ini.

    Gabungan haba dan kelembapan tinggi, yang sudah diperhatikan semasa gelombang haba di beberapa kawasan tropika, amat berbahaya kepada warga tua.

    Pemanasan bandar juga semakin membimbangkan, terutamanya apabila populasi urban terus meningkat di seluruh dunia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah