32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perobohan rumah Kg Papan ditunda: Penduduk masih trauma – PSM

    Shopee Sale

    Proses perobohan rumah penduduk Kampung Papan, Pandamaran yang pada awalnya dijadualkan berlangsung Isnin lalu, telah ditangguhkan ke 10 November. Penangguhan itu dimaklumkan menerusi notis pengosongan baharu yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan penduduk menerima notis berkenaan pada Isnin.

    Menurutnya, notis tersebut menetapkan tempoh 14 hari dari tarikh dikeluarkan untuk semua penghuni mengosongkan kediaman masing-masing.

    Penduduk juga diarahkan berpindah secara aman sebelum atau pada jam 9 pagi, 10 November 2025.

    Berdasarkan petikan notis itu, kegagalan mematuhi arahan akan membolehkan bailif (pegawai mahkamah) menggunakan kekerasan bagi mendapatkan kembali hak milik harta terbabit.

    Namun, Arutchelvan menegaskan penduduk tetap berpegang kepada jaminan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, mengenai status rumah yang masih berpenghuni.

    “Kami terus berpegang pada janji MB hanya rumah kosong saja dirobohkan. Rumah yang masih didiami penduduk tidak boleh dirobohkan,” katanya.

    MENARIK:  Amanah pecat 58 ahli sebab terlibat dalam pemilihan PKR

    Katanya lagi, penduduk berdepan tekanan berikutan notis pengosongan yang dikeluarkan berulang kali.

    “Para penduduk masih rasa tidak selesa dengan notis berterusan yang dilihat sebagai satu gangguan emosi dan trauma.

    “Kami berharap kerajaan memulakan proses penempatan alternatif tetap seperti yang dijanjikan, selain menyediakan rumah sementara atau sewa yang munasabah sehingga rumah ganti disediakan,” katanya.

    Sebelum ini, pada 23 Oktober lalu, hasil perbincangan antara Arutchelvan dan wakil penduduk bersama Exco Perumahan Selangor, Borhan Aman Shah, serta Adun Pandamaran, Leong Tuck Chee, telah membawa kepada arahan supaya pemaju menangguhkan perobohan.

    Setakat ini, kerja-kerja perobohan hanya dibenarkan kepada rumah dan premis perniagaan yang kosong sahaja sementara menunggu proses rundingan penempatan semula diselesaikan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah