33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perlu berfikir di luar kotak, ahli MKT Umno selar menteri PKR

    Shopee Sale

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi membidas menteri kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

    Dalam satu hantaran di media sosial, hari ini, katanya menteri hari ini perlu berfikir di luar kotak dan bukannya sekadar “duduk diam atau main sorok-sorok”.

    “Datang sekali dua tidak cukup. Penduduk sekitar dan rakyat Malaysia patut mendapat maklumat terkini mengenai ancaman lubang benam atau sinkhole.

    “Harap menteri berfikir di luar kotak. Buat kajian pakar ancaman lubang dalam, sistem penyelenggaraan utiliti bawah tanah dan peranancangan jangka panjang term memindahkan ibu kota ke lokasi baru,” katanya.

    Dia berkata, pakar geologi telah merumuskan sebahagian besar permukaan Kuala Lumpur didasari oleh batu kapur yang rapuh, mudah larut dan berongga. 

    Hujan, banjir dan kegagalan utiliti bawah tanah punca banyak lubang benam di ibu negara dan ini ditambah aktiviti penggerudian dan pembangunan serta sistem selenggara infrastruktur yang lemah.

    Semalam, dalam hantaran berasingan Puad juga mengulas isu yang sama yang didakwanya telah menjejaskan imej Kuala Lumpur di peringkat antarabangsa.

    “Kuala Lumpur adalah Ibu Kota. Ia kawasan lembah. Kerap banjir seperti di World Trade Centre (WTC). Apa penyelesaiannya. Apakah ada pemeriksaan profesional terhadap struktur tanah dan bangunan? Jangan (Menara Berkembar) KLCC pula yang jerlus.

    MENARIK:  DAP kumpul hampir RM1 juta bagi mangsa kebakaran Putra Heights

    “Tidak lama lagi kita tertinggal jauh oleh Indonesia. Mereka ada ibu kota baru Nusantara. Jakarta pindah ke Kalimantan jauh dari ancaman gempa,” katanya.

    Dalam insiden pada pagi Jumaat lalu, seorang warga India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di tengah ibu kota.

    Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan apabila kejadian itu berlaku.

    Setelah lebih 72 jam berlalu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang terjatuh itu masih gagal menemukan sebarang petunjuk baharu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah