33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perhilitan NS tangkap 17 rimau kumbang sejak 2023

    Shopee Sale

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap 17 ekor harimau kumbang di negeri ini sejak tahun lepas.

    Pengarah berkenaan Faizal Izham Pikri berkata tangkapan itu membabitkan kawasan sekitar Jelebu, Tampin dan Kuala Pilah dengan yang terbaharu di Kampung Padang Lebar, Mukim Mayun, Chengkau Ulu, Rembau, Sabtu lepas.

    “Ia membabitkan kes konflik dengan hidupan liar itu. Tangkapan harimau kumbang ini sedikit sebanyak melegakan pekebun dan penternak kambing di sekitar kawasan konflik,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

    Bagaimanapun, beliau berkata tangkapan dan pemindahan harimau kumbang itu bukanlah penyelesaian jangka panjang memandangkan kawasan terbabit berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Gunung Tampin.

    Dalam pada itu, beliau menasihatkan penternak untuk sentiasa membersihkan kebun dan tidak membiarkannya dipenuhi semak samun selain mengukuhkan struktur kandang haiwan sekali gus memastikan ia tidak terbuka.

    MENARIK:  Wilayah Persekutuan putuskan fatwa mengenai GISB Khamis ini

    Faizal Izham berkata penternak juga perlu memastikan kandang haiwan ternakan terang di waktu malam dan tidak melepaskan haiwan ternakan pada waktu itu bagi mengurangkan kes konflik melibatkan harimau kumbang.

    “Orang ramai juga diminta supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar selain tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan risiko keselamatan.

    “Perhilitan negeri sentiasa memantau sebarang kes membabitkan hidupan berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata orang awam boleh menyalurkan sebarang aduan serta maklumat mengenai hidupan liar kepada Perhilitan melalui talian khidmat 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman sesawang http://www.wildlife.gov.my.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah