30.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Percepat pindaan kerakyatan untuk anak ibu Malaysia lahir luar negara’

    Shopee Sale


    Penyelesaian mahkamah semalam
    membenarkan golongan ibu yang terkesan untuk memohon kewarganegaraan bagi anak mereka yang berumur bawah 18 tahun dan lahir di luar negara. 

    Namun, pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 2023 tersebut masih belum diwartakan.

    Justeru, Wanita MCA menggesa kerajaan untuk mempercepat pewartaan rang undang-undang pindaan perlembagaan yang diluluskan tahun lalu, yang akan memberikan hak sama rata kepada ibu warga Malaysia untuk mewariskan status kewarganegaraan secara automatik kepada anak mereka yang lahir di luar negara.

    Pengerusi Wanita MCA Wong You Fong berkata penyelesaian mahkamah antara Family Frontiers dan kerajaan semalam adalah satu perkembangan positif, tetapi usaha untuk memastikan kesaksamaan antara suami isteri dalam mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka masih satu “perjuangan panjang dan mencabar.”

    Wong You Fong

    “Sebarang kelewatan (dalam mewartakan pindaan) akan menyebabkan ibu-ibu rakyat Malaysia dan khususnya anak mereka yang lahir di luar negara berada dalam dilema, dalam ketidakpastian dan malah berisiko tiada status kerakyatan.

    “Sudah tiba masanya untuk menegakkan prinsip kesaksamaan dan keadilan bagi anak-anak ibu rakyat Malaysia yang lahir di luar negara,” kata Wong dalam kenyataan semalam.

    Percepat proses kelulusan

    Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sebastian Ting menggesa kerajaan untuk mempercepatkan proses meluluskan permohonan kewarganegaraan.

    Ting berkata dia secara peribadi telah melihat kesukaran yang dihadapi keluarga yang tiada kerakyatan, seperti halangan birokrasi dan akses terhad untuk mendapat perkhidmatan asas.


    Baca: Anak ibu Malaysia lahir luar negara kini boleh mohon kerakyatan


    Dia meminta kerajaan agar mempertimbangkan kesulitan yang dialami pemohon dan mengelakkan mereka daripada melalui tempoh menunggu yang terlalu lama.

    “Prosedur permohonan yang rumit memberi beban besar kepada anak dan ibu bapa.

    “Malah, ada kanak-kanak yang dinafikan akses untuk perkhidmatan kesihatan dan pendidikan serta mengalami diskriminasi kerana status mereka yang bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan berasingan.

    Penyelesaian dengan kerajaan

    Semalam, enam ibu warga Malaysia mencapai penyelesaian dengan kerajaan berhubung hak untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka yang lahir di luar negara. 

    MENARIK:  Ditipu tawaran buat ulasan hotel, suri rumah rugi lebih RM15,000

    Sebelum ini, hanya bapa warga Malaysia yang boleh mewariskan hak tersebut.

    Bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada terma penyelesaian, wanita warga Malaysia lain yang berdepan situasi serupa kini boleh membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri agar anak mereka yang lahir di luar negara dan berumur bawah 18 tahun diberi status kewarganegaraan.

    Sebelum ini, Parlimen telah meluluskan pindaan perlembagaan untuk memberikan kewarganegaraan secara automatik kepada anak kepada pasangan wanita rakyat Malaysia dan lelaki warga asing, yang lahir di luar negara.

    Namun, pindaan yang diluluskan pada Oktober tahun lalu itu masih belum diwartakan sebagai undang-undang.

    Menurut perintah persetujuan semalam, sebelum penguatkuasaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024, anak bawah umur 18 tahun yang lahir di luar negara kepada wanita rakyat Malaysia dan lelaki warga asing boleh memohon status kewarganegaraan mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

    Perkara 15(2) membenarkan kanak-kanak bawah 21 tahun dengan sekurang-kurangnya ibu atau bapa rakyat Malaysia untuk didaftarkan sebagai warganegara.

    Menurut terma persetujuan, kanak-kanak tersebut akan diberikan status kewarganegaraan jika permohonan memenuhi syarat bawah Perkara 26(1) Perlembagaan, mengikut prosedur Perkara 15(2), serta memiliki semua dokumen sokongan yang diperlukan sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024.

    Selain Wong, Family Frontiers turut menggesa kerajaan agar mewartakan pindaan tersebut tanpa sebarang penangguhan.

    “Sehingga itu, ibu-ibu Malaysia yang menetap di luar negara akan terus berdepan dengan perjalanan yang membebankan dan menelan belanja untuk pulang ke Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara. 

    “Sudah tiba masanya untuk meringankan kesusahan mereka dan menegakkan prinsip kesaksamaan dan keadilan untuk semua keluarga Malaysia.

    “Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024 memberi wanita Malaysia hak yang telah lama tertunggak untuk meneruskan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara, sama seperti lelaki Malaysia,” katanya dalam kenyataan sebaik selepas keputusan mahkamah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah