25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjawat awam Perak bekerja dari rumah 15 April ini

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam negeri bermula 15 April ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

    Beliau berkata langkah itu diambil selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, namun kaedah pelaksanaannya akan disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan semasa di peringkat negeri.

    “Kita ikut pekeliling, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pun dah keluarkan pekeliling itu bermula (BDR) 15 April. Dalam mesyuarat Exco tadi pun kita bincang perkara yang sama.

    “SUK dan KSN masih sedang mengkaji kaedah pelaksanaan. Walaupun arahan sama daripada KSN, tetapi pelaksanaannya pasti berbeza mengikut negeri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Dana Kreatif Perak@PORT (DKP) bagi edisi 2025/2026, di Ipoh, hari ini.

    MENARIK:  Projek lebuh raya: Lima kes pecah amanah Abu Sahid dibicara bersama

    Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai pelaksanaan BDR di Perak.

    Saarani berkata kerajaan negeri akan memastikan pelaksanaan BDR berjalan lancar mengikut garis panduan yang ditetapkan dengan mengambil kira keperluan perkhidmatan awam di negeri itu.

    Cadangan pelaksanaan BDR secara berperingkat adalah langkah strategik Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah