29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjaga gol buang masa dihukum sepakan sudut – peraturan baru IFAB

    Shopee Sale

    Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) pada Sabtu mengumumkan kelulusan peraturan baru bagi menangani tindakan membuang masa oleh penjaga gol, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-139 di Belfast, Ireland Utara, IFAB sebulat suara bersetuju untuk meminda peraturan mengenai sepakan percuma tidak terus.

    Di bawah peraturan baru itu, jika penjaga gol memegang bola lebih daripada lapan saat — selepas kira detik visual selama lima saat oleh pengadil -- pasukan lawan akan diberikan sepakan sudut.

    MENARIK:  K'jaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan berkait AI

    Sebelum ini, penjaga gol dikehendaki melepaskan bola dalam tempoh enam saat, dan sekiranya gagal, pasukan lawan akan diberikan sepakan percuma tidak terus, namun peraturan ini jarang dikuatkuasakan.

    Selain itu, IFAB turut memperkenalkan peruntukan baru kepada protokol Video Bantuan Pengadil (VAR), yang membolehkan pengadil membuat pengumuman selepas semakan VAR atau semakan VAR yang dilanjutkan.

    Dalam satu kenyataan, IFAB juga menekankan garis panduan baru yang memperkukuh prinsip bahawa hanya kapten pasukan dibenarkan menghampiri pengadil dalam situasi tertentu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah