30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penipuan haji, umrah: ‘Tak timbul isu pertindihan peranan Tabung Haji, Motac’

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar menegaskan tiada pertindihan perananan antara Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dalam urusan haji dan umrah.

    Mohd Na’im berkata demikian semasa menjawab Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau), yang membangkitkan persoalan jika langkah untuk menghalang kes penipuan haji dan umrah tidak dapat dilaksanakan ekoran pertindihan kuasa antara Motac dan Tabung Haji.

    “Berkaitan soal (urusan) umrah itu terletak dibawah Motac atau TH, saya rasa ia tidak menjadi isu.

    “Saya tak nampak (tanggapan pertindihan) itu menjadi isu utama tetapi kesedaran masyarakat dan sifat tanggungjawab dalam kalangan pengelola agensi pelancongan ini yang kita perlu tekankan,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

    MENARIK:  Biar menteri agama jawab kebimbangan terhadap RUU Mufti - PM

    Sebelum ini, media melaporkan seramai 47 jemaah haji Malaysia ditipu dan masuk ke Jeddah secara haram untuk menunaikan haji dengan menggunakan visa pelancong.

    Kesemua jemaah mendakwa terpaksa meredah laluan berbahaya dengan berjalan kaki tanpa dokumen untuk ke Makkah, ekoran kawalan ketat pihak berkuasa Arab Saudi terhadap jemaah yang tiada visa haji.

    Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah