31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengundi Cina jadi penentu kemenangan selesa – Joohari

    Shopee Sale

    PRK SG BAKAP | Calon PH, Joohari Ariffin, mengakui sokongan 22.5 peratus pengundi Cina menjadi penentu kepada kemenangan selesa kerajaan perpaduan pada 6 Julai ini.

    Joohari, 60, yang mesra disapa Cikgu Joo berkata setakat ini dia yakin mendapat sokongan padu daripada masyarakat Cina berdasarkan kepada jaminan yang diberikan mereka ketika ditemui sepanjang tempoh berkempen.

    “Saya harap dengan sokongan yang diberikan oleh masyarakat Cina, saya akan dapat majoriti selesa pada PRK ini,” katanya kepada Bernama selepas bertemu pengundi Cina di Kampung Baru Wellesley, Nibong Tebal malam tadi.

    Joohari meluangkan masa bertemu pengundi termasuk beramah mesra bersama penganut Tokong Kuan Yim di Restoran Lai Lai Seafood di kampung itu.

    Ia turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

    Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu membentuk 59.4 peratus, diikuti pengundi Cina 22.5 peratus, India 17.4 peratus dan lain-lain 0.7 peratus.

    Sementara itu, salah seorang pengundi DUN Sungai Bakap, Tan Chiew Kim, 58, dari Kampung Baru Wellesley berkata setelah beramah mesra bersama calon PH, dia yakin Joohari mampu membawa suara masyarakat kaum bukan Melayu seiring dengan aspirasi kerajaan perpaduan.

    “Saya percaya calon PH ini nampak pandai dan serasi, temu masyarakat Cina. Jadi dia lebih bagus diangkat jadi jambatan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan.

    MENARIK:  Parti Cinta Sabah belum buat keputusan bertanding PRN Sabah

    “Saya mahu dia menang sebab saya percaya kesejahteraan dan kebajikan rakyat akan dijaga sekiranya dia dipilih nanti,” katanya yang akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri.

    Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili PN dalam pertembungan satu lawan satu.

    PRK berkenaan yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat penyakit keradangan dalam perut.

    Dalam pilihan raya negeri pada Ogos tahun lalu, Nor Zamri merampas kerusi DUN Sungai Bakap yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008 selepas menewaskan Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

    Sungai Bakap merupakan satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah