31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ariz Lufias Kesal Dituduh Ubah Warna Kulit, Nafi Buat ‘Skin Bleaching’

    Shopee Sale

    Penyanyi Ariz Lufias tampil mempertahankan diri selepas timbul pelbagai dakwaan negatif berkenaan warna kulitnya.

    Artikel Berkaitan: ‘Ingat Kita Adalah Tetamu Negara Orang.. Jaga Adab & Hormat Budaya Tempatan’ – Ariz Lufias

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Normalize Minta Sponsor Makanan Untuk Event Pada Peniaga Kecil’ – Ariz Lufias

    Penjelasan Ariz

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 37, mendedahkan dia kerap menerima komen warganet yang mendakwa dia mengubah warna kulit supaya menjadi lebih cerah.

    Dalam live, saya selalu nampak komen yang insinuating saya ubah warna kulit. Ada yang tanya sama ada saya buat skin bleaching atau whitening drip.

    Bukan sekali dua, tapi hampir setiap kali saya buat live, soalan yang sama akan muncul.

    Tidak berdiam diri, Ariz menegaskan sama sekali tidak pernah berbuat demikian dan menjelaskan bahawa dia memiliki warna kulit yang cerah adalah kerana mewarisi daripada keturunannya.

    Jawapannya, tak.

    Saya memang ada keturunan Cina. Dari budak ramai yang ingat saya anak orang Cina.

    Waktu shooting drama saya pernah kena pakai makeup satu badan semata-mata nak bagi nampak lebih ‘tan’.

    Justeru, pelantun lagu Berdua Bersatu itu berharap agar orang ramai tidak lagi menuduh dirinya mencerahkan tona kulit.

    Semua warna kulit cantik, terutama kalau kulit itu sihat. Nak ikut standard kecantikan, tapi apa kosnya? Buah pinggang?

    Kalau nak tanya tentang skincare dan pemakanan saya banyak share dekat TikTok saya. Harap orang akan berhenti tuduh saya ubah warna kulit.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  AC Mizal Nafi Suke TV Sudah Bankrap, Serah Isu Didakwa Gagal Bayar Gaji Pekerja Kepada Mahkamah

    The post Ariz Lufias Kesal Dituduh Ubah Warna Kulit, Nafi Buat ‘Skin Bleaching’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah