27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengiktirafan Bak Kut Teh ikut lunas undang-undang – Tiong

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Pengiktirafan Bak Kut Teh sebagai Makanan Warisan Negara dilakukan mengikut lunas undang-undang dan tidak wajar dipertikaikan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

    Beliau berkata pengiktirafan itu adalah selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) .

    “Ia tidak ada kena-mengena dengan isu bangsa dan agama. Saya memohon semua pihak untuk hormati budaya dan agama yang pelbagai di negara ini demi menjaga perpaduan dan harmoni masyarakat kita berbilang kaum,” katanya.

    Tiong King Sing

    Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Dewan Rakyat hari ini.

    Bak Kut Teh, sejenis hidangan tradisi masyarakat Cina, merupakan antara 10 makanan yang diisytiharkan sebagai Warisan Negara oleh Pesuruhjaya Warisan Mohamad Muda Bahadin pada 24 Feb lepas.

    Makanan lain yang turut tersenarai ialah burasak, mi kolok, nasi ambeng, dodol kukus tahi minyak, kuih genggang atau lapis, karas, uthappam, jeruk tuhau dan air katira.

    MENARIK:  SURAT | Pengumuman peruntukan menjelang PRK adalah rasuah

    Tiong berkata pihaknya juga sedang meneliti cadangan agar beberapa penjawatan pejabat Tourism Malaysia di luar negara dapat dibuka kepada warga asing yang berkelayakan.

    “Ini ialah satu daripada usaha mentransformasikan Tourism Malaysia bagi mengurangkan kos logistik dan pengoperasian,” katanya.

    Tiong juga memohon Kementerian Kewangan untuk memastikan pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) dilakukan dengan jelas dan tidak memberi akibat kepada skim bayaran balik pelancong.

    “Pada masa sama, kementerian ini terus berharap Kementerian Kewangan dapat pertimbang pemohonan pelancong berhubung pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia lebih telus dan efisien,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah