25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis temukan rim besi dipercayai dari tayar lori punca kemalangan

    Shopee Sale

    Polis telah menemukan komponen rim besi yang dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Dis lepas.

    Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata komponen tersebut dikenal pasti semalam di Pusat Pelupusan Sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor.

    "Rim besi itu telah diserahkan oleh pihak subkontraktor PROPEL (Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad) kepada polis, dan satu laporan rampasan telah dibuat. Komponen tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam, media melaporkan bahawa polis sedang giat mengesan tayar yang dipercayai menjadi punca kemalangan berkenaan.

    MENARIK:  Sany gesa Kementerian Komunikasi lebih aktif perjelas insentif k'jaan

    Pada 23 Dis lepas, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara.

    Siasatan awal mendapati, bas persiaran tersebut melanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah, menyebabkan bas itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain. Kejadian itu mengakibatkan lima penumpang MPV serta pemandu dan seorang penumpang bas berkenaan meninggal dunia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah