31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Enam lelaki warga India ditahan bantu siasatan kes bunuh di Puchong

    Shopee Sale

    Polis menahan enam lelaki warga India yang juga rakan serumah kepada suspek utama kes pembunuhan seorang lelaki pemastautin tetap (PR) warga India yang ditemukan maut di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong, dekat Kuala Lumpur, semalam.

    Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata semua suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

    “Setakat ini, empat saksi termasuk pengadu kes telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

    “Kita juga sudah mengenal pasti suspek utama iaitu seorang lelaki warganegara India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  'Hargai pengorbanan Shahrul, jangan biar api reformasi padam'

    Beliau berkata mangsa berusia 49 tahun yang bekerja sendiri sebagai juruteknik dan telah menetap di negara ini selama 19 tahun.

    Muhamad Farid berkata polis turut menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-8074 2222,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah