27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengarah syarikat bergelar datuk seri direman kes tambak laut Melaka

    Shopee Sale

    Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri yang juga pemimpin kanan sebuah parti politik direman enam hari bermula pada hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berkaitan kerja-kerja tambakan laut antara 2021 hingga 2023.

    Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman mengeluarkan perintah reman hingga 20 April terhadap lelaki berusia 61 tahun itu selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Menurut sumber, suspek disiasat kerana disyaki meminta suapan terhadap projek tambakan laut bernilai RM44 juta di Kota Laksamana, di Melaka sejak lima tahun lepas.

    MENARIK:  Pelesenan media sosial diteruskan di sebalik bantahan gergasi IT

    Suspek dipercayai menerima suapan dalam bentuk harta, iaitu empat kereta mewah.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu di pejabat SPRM Melaka pada 4.55 petang semalam.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah