27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penganggur didakwa edar lebih enam kilogram dadah

    Shopee Sale

    Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Pontian hari ini atas empat pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di Taman Mutiara, Pontian, bulan lepas.

    Lau Keat Lim, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arina Azmin Ahmad Marzuki, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Bagi pertuduhan pertama, Lau didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat kira-kira 6.4 kilogram, mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika tidak dikenakan hukuman mati.

    Pertuduhan kedua melibatkan pemilikan dadah jenis methamphetamine seberat 20.04 gram, yang didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama.

    MENARIK:  Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan

    Kesalahan itu membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun, dan sebatan tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih sembilan, jika sabit kesalahan.

    Untuk pertuduhan ketiga dan keempat, melibatkan pengundian ketamine seberat 5.66 gram dan methamphetamine seberat 1.06 gram, masing-masing didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.

    Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

    Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Mutiara, Pontian, kira-kira 6.10 petang pada 21 Mei lepas.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Sahira Rosley, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Mahkamah menolak permohonan jaminan dan menetapkan 5 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah