34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam cabar penahanan reman oleh SPRM

    Shopee Sale

    Seorang peguam yang mendakwa diganggu oleh SPRM memohon perintah mahkamah untuk membatalkan remannya yang diminta oleh suruhanjaya antirasuah itu.

    Lai Chee Hoe memfailkan notis rayuan untuk membatalkan perintah Mahkamah Majistret Putrajaya supaya dia direman dari 5 hingga 7 Jun.

    Peguam Lai, Zaid Malek mengesahkan rayuan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Jun, dan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 28 Ogos.

    “Kami berusaha untuk membatalkan perintah reman majistret kerana (didakwa) salah dalam undang-undang.

    "Rayuan adalah untuk menentukan sama ada penahanan itu sah atau tidak," kata Zaid kepada Malaysiakini.

    Di bawah undang-undang, pengisytiharan mahkamah bahawa penahanan adalah menyalahi undang-undang akan membuka jalan lain untuk tahanan mendapatkan penyelesaian undang-undang.

    Lai menjadi tumpuan baru-baru ini berhubung dakwaannya diganggu dan ditahan SPRM dalam pertikaian harta.

    Semasa sidang media pada 11 Jun, pengarah Lawyers for Liberty (LFL) Zaid mengecam penahanan Lai.

    Zaid mendakwa tindakan SPRM mencabuli hak profesional undang-undang untuk bertindak bagi anak guam dan mengganggu hak orang awam untuk mendapatkan peguam pilihan mereka.

    MENARIK:  Remaja direman seminggu bantu siasatan kes tikam ibu, abang

    Semasa sesi soal jawab dengan media, Lai mendakwa pegawai SPRM datang ke pejabatnya pada sebelah petang pada 4 Jun dan meminta surat pelantikannya kerana mewakili anak guam dalam perkara mahkamah sivil yang dikaitkan dengan pertikaian harta.

    Lai mendakwa dia diminta hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan tetapi ditahan lewat malam itu, dan dibebaskan beberapa hari kemudian.

    Dia mendakwa SPRM memberinya tiga syarat dengan salah satu syarat adalah untuk menarik diri daripada mewakili anak guamnya.

    Ketika dihubungi sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menafikan agensi antirasuah itu mengganggu hak orang ramai untuk mendapatkan perwakilan undang-undang, dengan alasan bahawa proses penyiasatan mengikut prosedur.

    Azam berkata penahanan Lai adalah berkaitan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan badan pengurusan bersama sebuah hartanah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah