30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penarik kereta dipenjara tujuh bulan kerana simbah cat pada dua rumah

    Shopee Sale

    Seorang penarik kereta dipenjara tujuh bulan oleh dua Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan menyimbah cat pada dua buah rumah pada Disember tahun lalu dan April lepas.

    Hakim Azureen Sahira Sauffee Afandi menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dari tarikh sabitan (hari ini) manakala Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkapan (16 April) terhadap Muhamad Yaccob Ibrahim, 28.

    Di hadapan Azureen Sahira, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan niat menyebabkan kerugian dan kebinasaan terhadap rumah milik seorang lelaki berusia 52 tahun dengan menyimbah cat merah pada kediaman berkenaan.

    Perbuatan tersebut dilakukan kira-kira 4.10 petang, 7 April lepas di Jalan Mutiara Emas 9/20 Taman Mount Austin.

    Di hadapan Nabilah pula, Muhamad Yaccob didakwa dengan niat melakukan khianat dengan menyebabkan kerugian dan kebinasaan terhadap rumah milik seorang lagi lelaki berusia 37, juga dengan menyimbah cat merah.

    MENARIK:  Jumlah mangsa banjir di 7 negeri kian berkurangan

    Perbuatan itu dilakukan di Twin Danga Residensi, Jalan Tengah, Kampung Sungai Danga di Johor Bahru pada 24 Dis, 2025, kira-kira 7 pagi.

    Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Shafeeqah Mohd Shariffuddin dan Nor Deana Aqilah Aliman, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Vijayan dan Zulyatie Awang.

    Sebelum ini, media melaporkan polis menahan enam suspek termasuk dua wanita yang dipercayai menjadi 'budak suruhan' sindiket along dan aktif melakukan ugutan jenayah termasuk menyimbah cat serta serangan menggunakan bom petrol di beberapa negeri.

    Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata kesemua suspek berusia antara 21 hingga 42 tahun ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Lembah Klang awal bulan April.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah