29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin Umno bantah kajian pilihan raya datuk bandar KL

    Shopee Sale

    Ahli politik Umno telah menyuarakan bantahan terhadap Jabatan Wilayah Persekutuan untuk menjalankan kajian mengenai kebolehlaksanaan mengadakan pilihan raya datuk bandar bagi Kuala Lumpur.

    Setakat ini, bantahan yang disuarakan lebih bertumpu kepada sentimen Melayu, berbanding merit pelaksanaan pilihan raya tersebut.

    Menurut laporan China Press semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata pihaknya sedang mengkaji kebolehlaksanaan pilihan raya datuk bandar, dengan menyatakan ia lebih praktikal berbanding memilih ahli majlis DBKL melalui pilihan raya kerajaan tempatan.

    Parti politik Melayu berhaluan kanan sejak sekian lama menolak pilihan raya kerajaan tempatan, atas dasar ia akan menghakis kuasa Melayu di kawasan bandar yang majoriti pendudukanya adalah bukan Melayu.

    Dalam hantaran Facebook pagi ini, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh berkata konsep pilihan raya datuk bandar mesti ditolak sebagaimana cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sebelum ini.

    Sebagaimana kita tolak dan gagalkan peranancangan PSB dan pilihanraya PBT sebelum ini, begitulah juga kita harus menolak dan menggagalkan rancangan mereka kali ini.

    Kita sibuk bergaduh sesama kita kerana kuasa, mereka bersatu kerana kuasa. Sedarlah wahai saudaraku,” katanya, yang jelas merujuk politik Melayu dan bukan Melayu.

    Prerogatif Agong?

    Sementara itu, Ketua Umno Seputeh, Razlan Rafii — yang juga pegawai kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi — berkata pelantikan datuk bandar Kuala Lumpur adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

    Kenyataan itu tidak sepenuhnya tepat. Datuk bandar dilantik oleh kerajaan, khususnya menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan, dengan perkenan Agong.

    MENARIK:  FAM gantung Persatuan Bolasepak Perlis sebab tak patuh arahan Fifa

    Razlan turut mendakwa Yeoh bersikap flip flop dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

    Mula-mula kata tak buat, Hari ini kata lain pulak. Flip flop Menteri Wilayah ini,” katanya di Facebook.

    Dalam hantaran itu, Razlan melampirkan artikel yang memetik kenyataan Yeoh bahawa pilihan raya PBT bukan keputusan satu parti sahaja. Yeoh tidak pernah menolak idea berkenaan secara total.

    Amaran pengaruh kongsi gelap

    Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi pula membawa perdebatan ke aspek berbeza, dengan berkata pilihan raya datuk bandar bukan sahaja akan dipengaruhi kaum, tetapi juga dunia jenayah.

    Kuala Lumpur banyak pusat hiburan, pub, kelab malam, pusat urut dan kegiatan tidak bermoral. Banyak aktiviti underworld, kartel dan gangster. 

    “Bayangkan gangster Kuala Lumpur guna duit dan rangkaian mereka untuk sokong calon tertentu. Pejabat datuk bandar tidak lagi bebas,” katanya lagi.

    Dia berkata datuk bandar yang dipilih melalui lantikan boleh dikenakan tindakan disiplin, manakala datuk bandar yang dipilih menerusi pilihan raya akan kekal sehingga tamat tempoh penggalnya.

    Walaupun sokongan terhadap Umno merosot — seperti diakui sendiri parti itu dalam perhimpunan agung tahunannyabulan lalu — ia masih mempunyai pengaruh besar dalam kabinet.

    Dua minggu lalu, kabinet memutuskan untuk menangguhkan PSB bagi membolehkan cadangan Umno disertakan dala versi barunya.

    Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga bergantung kepada Umno untuk membawa sokongan Melayu konservatif kepada PH.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah