27 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin PAS setuju SPRM gantung pemakaian baju oren

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin kanan PAS menyokong penuh keputusan SPRM menggantung serta-merta pemakaian baju oren bagi orang kena siasat yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman.

    Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pemakaian baju oren dan gari memberi gambaran seolah-olah seseorang itu sudah didapati bersalah walaupun ketika itu individu terbabit belum dibicarakan.

    “Saya secara peribadi memang sangat setujulah. Mereka ini perlu dibawa (memohon reman)… (atau) baru nak minta untuk sambung reman. Bukan macam pertuduhan.

    “Apabila dipakaikan baju kuning (oren), digari dan sebagainya, seolah-olah mereka dah bersalah ataupun dibicara di mahkamah,” katanya.

    Dia yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, keputusan dibuat agensi antirasuah itu boleh dianggap agak positif dan wajar disambut baik.

    “Kita tak boleh aibkan seseorang yang baru pergi mahkamah untuk sambung reman saja. Takkan pakai baju kuning dan digari.

    “Jadi saya rasa itu satu tindakan yang tak sepatutnya dibuat dan tindakan untuk menggantung (pelaksanaan) serta-merta itu satu tindakan yang positif,” katanya.

    Dia berkata demikian kepada media selepas menghadiri ceramah perdana sambutan Jubli Intan 75 tahun PAS dan Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu, malam tadi.

    MENARIK:  Dana lebuh raya: SPRM rakam keterangan Tan Sri enam jam

    Semalam agensi antirasuah itu menggantung serta-merta pemakaian baju oren bagi seseorang suspek yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata langkah itu diambil susulan perkembangan terkini serta saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian tahanan, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.

    Menurutnya, orang yang sedang disiasat oleh SPRM dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, manakala pakaian lokap hanya perlu dipakai sepanjang tempoh mereka berada dalam tahanan.

    Terdahulu perkara itu diketengahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang memaklumkan individu yang ditahan bagi membantu siasatan SPRM tidak semestinya perlu dikenakan baju oren sebelum mereka didakwa di mahkamah.

    Katanya, pemakaian baju oren ketika seseorang masih dalam peringkat siasatan boleh menimbulkan persepsi berbeza, terutama jika individu terbabit memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

    “Kalau tanya untuk siasat, siasat dulu. Kalau ada kes untuk didakwa, itu saya serah kepada badan penguat kuasa tentang baju warna apa.

    “Tapi setakat ini, saya hormati pandangan kerana ada orang yang rasanya bagi kerjasama dalam siasatan, tak perlulah dikenakan baju oren kerana beri persepsi yang berbeza,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah