28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin DAP Johor diarah pastikan kemenangan BN di Mahkota

    Shopee Sale

    Semua pemimpin DAP Johor dikehendaki bekerja bagi memastikan kemenangan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, dalam pilihan raya kecil (PRK) Mahkota yang dijadualkan pada 28 Sept ini.

    Dalam satu hantaran ringkas di media sosial, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, mengesahkan parti itu telah mengeluarkan arahan sedemikian.

    "Jawatankuasa negeri DAP Johor bertemu di pejabat jawatankuasa penyelaras parlimen DAP Kluang untuk membincangkan pilihan raya kecil Mahkota.

    "Ia menekankan pentingnya pilihan raya kecil Mahkota dalam membentuk landskap politik untuk pilihan raya umum akan datang," kata Liew, yang juga timbalan menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

    Justeru katanya, semua pemimpin DAP Johor dikehendaki bekerja ke arah memenangkan Syed Hussien.

    "Jika calon Kerajaan Perpaduan diterima oleh semua lapisan pengundi di Mahkota, pilihan raya kecil ini akan membantu membuka jalan bagi kerajaan persekutuan yang lebih kuat dan stabil, serta kerjasama yang lebih erat antara PH dan BN di peringkat negeri, mempersiapkan kebangkitan semula Malaysia dan lonjakan semula ekonomi," tambah Liew.

    MENARIK:  Kes Muhyiddin: SPRM serah klip TikTok sebagai bukti, peguam ungkit kenyataan Azam

    Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang dinamakan sebagai calon bagi kerajaan perpaduan pada PRK berkenaan.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Sept sebagai hari mengundi, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept.

    PRK ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

    Pada pilihan raya negeri Johor 2022, Sharifah menang di kerusi itu dengan majoriti selesa sebanyak 5,166 undi mengatasi calon PH, Muhammad Taqiuddin Cheman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah