29 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu maut lori bawa telur langgar lori bawa tembikai

    Shopee Sale

    Seorang pemandu maut selepas lori membawa muatan telur yang dipandunya melanggar belakang lori mengangkut tembikai dalam kejadian di KM198.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Kamunting, awal pagi tadi.

    Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata bomba menerima panggilan pada jam 5.18 pagi dan sepasukan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

    "Anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan teleskopik bagi membuat renggangan dan pemotong hidraulik untuk buat potongan pada bahagian lori," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Bilik darjah RM500k: MCA persoal harga melebihi rumah mampu milik

    Menurut Shazlean mangsa merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun dan berjaya dibawa keluar dari kenderaan terbabit sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Katanya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 6.52 pagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah