27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu e-hailing 'dipukul': Saifuddin kata tak akan campur tangan

    Shopee Sale

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata dia tidak akan campur tangan dalam kes pengiring kepada ahli keluarga diraja yang didakwa memukul pemandu e-hailing.

    “Itu kena IGP (Ketua Polis Negara) kot. Saya tak campur itu, bagi IGP buat,” katanya seperti dipetik Bernama.

    Dalam perkembangan berasingan, Oriental Daily memetik Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata Grab Malaysia telah memohon bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pihak pemandunya yang didakwa dipukul.

    “Permohonan telah dikemukakan pagi ini. Biasanya, ini tidak akan mengambil masa terlalu lama dan Perkeso dijangka memprosesnya dalam beberapa hari lagi,” kata menteri itu seperti dilapor.

    Dia dilaporkan berkata demikian di luar majlis pelancaran tajaan Grab bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

    Inisiatif di bawah Bajet 2024 itu ialah geran padanan yang 90 peratus ditanggung oleh kerajaan dan 10 peratus oleh Grab Malaysia, untuk lebih 180,000 pemandu Grab dan rakan kongsi penghantaran.

    Menteri Sumber Manusia Steven Sim

    Ia menyediakan perlindungan pekerja selama 12 bulan bermula dari tarikh mereka mendaftar dengan Grab.

    Sebelum ini, pemandu Ong Ing Keong didakwa dipukul oleh pengiring Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengarahkannya mengalihkan kenderaannya.

    MENARIK:  Umno Sembrong gembira Zahid sedia pertimbang nasib Hisham

    Insiden itu dikatakan berlaku di Hotel St Regis Kuala Lumpur pada 28 Mei ketika Ong yang juga merupakan orang kurang upaya pendengaran sedang menunggu penumpang.

    Dia juga mendedahkan percubaan untuk menutup perkara itu selepas dia membuat laporan polis mengenai serangan itu.

    Tunku Ismail telah menggesa siasatan menyeluruh dijalankan, dan menegaskan tidak membenarkan sebarang tindakan menyalahi undang-undang atau ugutan.

    Peguam N Surendran, yang membantu Ong dalam kes itu, berkata polis sedang menyiasat dakwaan bahawa pemandu itu menandatangani tiga lagi laporan yang disediakan oleh polis.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah dalam siasatan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah