25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu bot mengaku bersalah ambil dadah

    Shopee Sale

    Pemandu bot terlibat dalam tragedi yang mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, di Jertih atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.

    Azrie Yazid, 22, didakwa telah memasukkan dadah ke dalam badannya disyaki jenis Nimetazepam yang tersenarai dalam Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Besut, di sini pada 10.05 pagi, 29 Jun lepas.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan.

    Mahkamah membenarkan Azrie diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Sept ini untuk sebutan semula kes.

    MENARIK:  Kumpulan LGBTQ+ teruskan acara walaupun dibantah PAS

    Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin manakala tertuduh diwakili peguam Norhuda Mohamed Khan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

    Dalam kejadian pada 10.30 malam Sabtu lepas, S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka, 3, serta seorang lagi saudara perempuan, V Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa cedera, selain 10 lagi terselamat.

    Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, namun ombak besar tiba-tiba datang menyebabkan bot terbalik.

    Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu sebelum ini berkata pemandu bot terbabit disahkan positif dadah selain turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah