28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramai Dah Join Kutu Emas, Tapi Apa Hukumnya? Ini Jawapan Mufti

    Shopee Sale

    Amalan ‘main kutu’ menjadi salah satu cara masyarakat mengurus kewangan secara bersama namun seiring dengan perubahan trend dan kesedaran terhadap nilai aset, muncul konsep “kutu emas” sebagai alternatif simpanan.

    Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Mengambil Wuduk Dengan Memakai Cincin? Ini Penjelasan Jabatan Mufti 

    Artikel Berkaitan: Dah Tahu Tapi Tetap Abaikan, Ini Hukum Cacah Tatu & Kesan Pada Ibadah

    Kutu emas

    Memetik sumber Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyertai program kutu emas adalah harus jika tidak berlakunya riba dan setiap ahli menepati perjanjian jual beli emas pada waktu yang telah ditetapkan.

    Berikut adalah dua gambaran yang menjadikan hukum menyertai kutu emas harus di sisi Islam.

    Bagi gambaran pertama hukumnya harus sepertimana kutu duit yang biasa diamalkan iaitu mengambil hukum akad qurud mutabadilah yang dibenarkan sebahagian ulama.

    Kemudian, dalam hal pembelian emas pula, tidak berlakunya riba nasi’ah (bertangguh) oleh kerana emas dibeli dengan harga semasa dan secara tunai oleh pemilik giliran.

    Bagi gambaran kedua juga hukumnya harus. Perjanjian yang dibuat antara “Mak Kutu” dan ahli kutu melibatkan locked price dan jual beli emas pada waktu tertentu wajib dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat berdasarkan prinsip perjanjian bersama (muwa’adah).

    Sebarang pelanggaran janji sekiranya mengakibatkan kerugian pada suatu pihak, maka pihak yang melanggar janji perlulah menanggung kos kerugian sebenar tersebut. Begitu juga hutang yang berlangsung sesama ahli kutu adalah harus melihat kepada keharusan qurud mutabadilah sama seperti gambaran pertama di atas.

    Selagi mana sistem yang diamalkan bersifat telus, dipersetujui bersama, dan memberi manfaat secara adil kepada semua ahli, maka ia diharuskan dalam Islam.

    MENARIK:  [VIDEO] Peminat Puji Siti Nurhaliza Bawa Doktor Peribadi Bercuti Ke Korea Selatan, Netizen Usik – ‘Helok Juga’

    Namun begitu, umat Islam perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap urusan muamalah agar tidak terjerumus ke dalam perkara yang syubhah.

    Oleh itu, setiap penyertaan dalam kutu emas perlulah berasaskan kepercayaan, kejujuran dan kefahaman yang jelas supaya ia benar-benar membawa manfaat tanpa menyalahi prinsip syariah.

    Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

    The post Ramai Dah Join Kutu Emas, Tapi Apa Hukumnya? Ini Jawapan Mufti first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah