31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Sabah

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa yang disyaki menerima wang rasuah RM500 sebulan daripada syarikat pengurup wang berlesen sebagai balasan melindungi perniagaan syarikat terbabit.

    Menurut sumber suspek lelaki berusia 40-an itu dipercayai menerima wang rasuah itu - berjumlah RM4,000 - daripada seorang individu secara pindahan wang sebanyak RM500 bagi setiap transaksi dari 2020 sehingga 2021.

    “Suspek ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah,” kata sumber itu.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan tersebut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    MENARIK:  'Scrut' Izzah: Pempengaruh mohon MCMC dakwa di mahkamah

    Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu untuk pertuduhan esok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah