27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pegawai PBB: Perlu 14 tahun untuk alih runtuhan bangunan di Gaza

    Shopee Sale

    Runtuhan batu dan konkrit yang ditinggalkan kesan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza mungkin memakan masa 14 tahun untuk dialihkan, kata seorang pegawai PBB pada Jumaat.

    Pehr Lodhammar, seorang pegawai daripada Perkhidmatan Tindakan Periuk Api PBB (UNMAS), dalam taklimat di Geneva memberitahu bahawa serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk, lapor Agensi Anadolu.

    Menurut Pejabat Media di Gaza, serangan Israel memusnahkan sebanyak 70,000 kediaman dan merosakkan 290,000 yang lain mengakibat rumah berkenaan tidak boleh diduduki. Antara yang terjejas akibat serangan itu termasuk bangunan kerajaan, hospital, sekolah, masjid, gereja dan tempat bersejarah.

    MENARIK:  'Tauke judi mahakaya jangan masuk politik' - Wan Saiful kecam Vincent Tan

    Israel telah menyerang Gaza sejak 7 Okt lepas dan membunuh lebih daripada 34,000 penduduk Palestin. Serangan rejim Israel itu mengakibatkan kebanyakan daripada 2.3 juta populasi di wilayah itu hilang tempat tinggal, kelaparan dan berisiko dijangkiti penyakit.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah