25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak hingga Jumaat ini.

    MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis).

    Amaran hujan tahap buruk bagi tempoh sama dikeluarkan bagi kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak.

    MENARIK:  Subsidi diesel: K'jaan akan bincang dengan pemain industri pelancongan - Fahmi

    Menurut MetMalaysia, amaran hujan tahap buruk turut dikeluarkan di Sabah hingga Jumaat ini membabitkan Ranau, Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

    Jabatan itu juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah iaitu pedalaman Keningau dan Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran, Tawau (Lahad Datu) serta Sandakan (Tongod).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah