26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAU bersoladiriti terhadap Palestin, ucap takziah atas kematian Haniyeh

    Shopee Sale

    PAU 2024 | Perhimpunan Agung Umno (PAU) hari ini dimulakan dengan menzahirkan solidariti terhadap rakyat Palestin dan bacaan al-fatihah atas pemergian pemimpin hamas, Ismail Haniyeh di Iran, akhir bulan lalu.

    Pengerusi Tetap Umno, Badruddin Aminuddin ketika memulakan sesi persidangan hari ini berkata ia sebagai tanda solidariti terhadap kematian Ismail serta nasib yang menimpa rakyat Palestin ketika ini.

    “Mereka saudara kita, kita makan nasi, mereka makan rumput, jadi kita bersimpati dan menghayati kembalinya pejuang-pejuang Palestin maka kita sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham Ismail Haniyeh yang telah jihad,” katanya di Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pagi ini.

    Sementara itu, upacara menaikkan bendera Umno, Sang Saka Bangsa dilaksanakan oleh presidennya, Ahmad Zahid Hamidi di Plaza Merdeka sambil delegasi menyanyikan lagu Umno - Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

    MENARIK:  Fahmi ingatkan Syed Saddiq jangan hipokrit

    Ahmad Zahid diiringi Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Akmal Saleh dan Ketua Puteri, Nurul Amal Mohd Fauzi.

    Semua barisan kepimpinan Umno yang hadir ke persidangan hari empat dilihat memakai selendang lambang Palestin ketika memasuki Dewan Merdeka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah