26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan pelajar

    Shopee Sale

    GLOBAL | Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.

    Penyelaras Residen PBB di Bangladesh Gwyn Lewis berkata suruhanjaya siasatan bebas akan dibiayai dan diketuai oleh PBB, lapor Agensi Anadolu.

    Lewis selepas mengadakan pertemuan dengan penasihat dasar luar kerajaan peralihan Bangladesh Touhid Hossai berkata tempoh masa dan pelan tindakan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

    Terdahulu pada Rabu, ketua hak asasi manusia PBB Volker Turk telah membuat panggilan telefon kepada Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh Muhammad Yunus (gambar bawah) yang menyatakan satu siasatan diketuai PBB akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk menyiasat pembunuhan penunjuk perasaan.

    “Sepasukan pakar PBB akan melawat negara itu tidak lama lagi untuk memulakan siasatan,” kata Turk yang dipetik oleh pejabat media Yunus.

    MENARIK:  'Kerjan' Undang Luak Rembau baru berlangsung penuh istiadat

    Yunus, 84, pemenang Hadiah Nobel Keamanan mengangkat sumpah jawatan Khamis lepas untuk memimpin kerajaan peralihan 17 anggota selepas Sheikh Hasina melarikan diri ke India di bawah tekanan protes antikerajaan selama beberapa minggu.

    Dari pertengahan Julai hingga Hasina melarikan diri, kebangkitan pelajar dan orang awam telah menyebabkan sekurang-kurangnya 580 kematian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah