32 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS penghalang PN tarik sekutu parti bukan Melayu – Puad

    Shopee Sale

    Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata PAS merupakan penghalang kepada usaha Perikatan Nasional (PN) menarik rakan gabungan parti bukan Melayu yang berpengaruh.

    Katanya, naratif PAS gagal mengulang “gelombang hijau” seperti pada pilihan raya umum (PRU) 2022.

    Mengimbas keputusan pilihan raya kecil (PRK) Ayer Kuning di Perak, Puad menegaskan PAS perlu mempertimbangkan semula fokusnya terhadap naratif negara Islam.

    "Akibatnya PN sukar mencari rakan parti bukan Melayu yang berkesan. (Parti) Gerakan terlalu kerdil bagi membantu PN. Hingga hari ini PN tidak ada parti orang India macam MIC.

    “PAS adalah halangan besar PN cari rakan komponen berpengaruh. Oleh itu PAS perlu bawa slogan baru yang lebih universal,” katanya, tanpa menyebut sekutu PN, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), yang merupakan parti serpihan India MIC.

    Puad menekankan kejayaan Umno dalam PRK Nenggiri, Mohkota dan Ayer Kuning sebagai mesej jelas kepada PN bahawa percubaan untuk membentuk kerajaan pintu belakang adalah sia-sia.

    MENARIK:  Iran nafi dakwaan rancang bunuh Trump

    "Jangan bermimpi mahu menubuh kerajaan tebuk atap.

    “Semangat orang Umno kental. Tidak akan ada ahli parlimen BN yang akan pusing,” tegasnya.

    Puad juga menyatakan bahawa kerajaan perpaduan sekarang telah pun mengatasi tempoh pemerintahan sebelum ini—22 bulan Pakatan Harapan, 17 bulan Muhyiddin Yassin dan 15 bulan Ismail Sabri Yaakob.

    Dia menegaskan bahawa PRK Ayer Kuning telah menghantar mesej yang jelas bahawa rakyat mahukan kestabilan, bukan cerita dongeng politik.

    “Rakyat mahu kerajaan stabil. Tunggu sahaja PRU ke-16 atau paling dekat PRN Sabah,” tambahnya.

    Pada PRK Ayer Kuning Sabtu lalu, BN berjaya mengekalkan kerusi DUN itu selepas calonnya, Yusri Bakir memperoleh kemenangan dalam pertembungan tiga penjuru dengan majoriti 5,006 undi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah