33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adun Beseri nafi dakwaan jual lembu korban sumbangan k’jaan negeri

    Shopee Sale

    Adun Beseri Haziq Asyraf Dun tampil menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya mengenakan bayaran RM300 kepada peserta program Korban DUN Beseri semasa sambutan Aidiladha, baru-baru ini.

    Ketua Pemuda PAS Perlis itu meyifatkan bahawa tuduhan berkenaan sebagai fitnah dan laporan polis turut dibuat, semalam.

    "Ia fitnah. Semalam saya membuat laporan polis berkaitan fitnah dan kenyataan yang mengelirukan berkaitan laporan polis dibuat terhadap saya berkenaan isu (program) Korban DUN Beseri.

    "Saya menafikan sekeras-kerasnya apa yang dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat ke atas saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

    Isu berkenaan dibangkitkan Pemuda Bersatu (Armada) Kangar yang menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan wujudnya penjualan lembu korban sumbangan kerajaan negeri Perlis oleh seorang Adun negeri itu.

    Naib ketuanya, Mohd Firdaus Ismail berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana lembu korban diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan ibadah korban, tetapi dikenakan bayaran.

    MENARIK:  Pemandu treler nahas maut di Kemaman direman tiga hari

    Menurutnya, sekiranya benar terdapat kutipan RM300 bagi setiap bahagian lembu korban yang disediakan kerajaan negeri, ia perlu dijelaskan secara terbuka bagi mengelak kekeliruan dan mengekalkan keyakinan rakyat terhadap pengurusan program kebajikan atau keagamaan di negeri ini.

    "Kami menggesa pihak berkuasa termasuk agensi penguatkuasaan dan pihak bertanggungjawab menguruskan program korban tersebut menjalankan siasatan menyeluruh bagi menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggar prosedur, penyalahgunaan atau unsur (mengaut) keuntungan yang tidak sepatutnya daripada program yang dibiayai dengan dana awam," katanya dalam kenyataan media.

    Terdahulu satu laporan polis dibuat terhadap dakwaan yang menuduh Haziq Asyraf mengenakan bayaran RM300 bagi setiap bahagian korban tersebut.

    Kandungan laporan polis yang dilihat Malaysiakini itu mendakwa peserta program perlu membuat bayaran tersebut kepada pihak pengurusan DUN Beseri.

    Sementara itu Haziq Asyraf berkata dia akan memberi kerjasama terbaik dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah