29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAC panggil Amir Hamzah beri keterangan isu jual saham MAHB esok

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan saham dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) esok.

    Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi meneruskan prosiding berhubung pengurusan lapangan terbang awam di bawah Kementerian Kewangan, MAHB, Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    Dia berkata sepanjang minggu ini PAC mengadakan enam prosiding berhubung isu berkenaan melibatkan enam saksi.

    Mereka ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank Bhd, Lee Jim Leng, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Nik Amlizan Mahamed.

    MENARIK:  Pemuda Umno sokong sekatan perjalanan ke atas peminjam gagal bayar PTPTN

    Tiga lagi saksi ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Fad’l Mohamed serta Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Zain Azhari Mazlan yang mewakili pengerusinya, Mohammad Faiz Azmi.

    “Sehubungan itu, PAC telah mengadakan 14 mesyuarat prosiding berhubung isu pengurusan lapangan terbang awam.

    "PAC akan hanya membentangkan penyata setelah mengambil keterangan daripada semua pihak yang berkepentingan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah