27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ops Hormat Undang-undang Jalan Raya: 9,427 saman dikeluarkan

    Shopee Sale

    Sebanyak 9,427 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan setakat semalam menerusi Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur yang dilaksanakan bermula Selasa.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata dalam operasi sama sebanyak 25 individu ditahan manakala dua kenderaan disita. 

    “Kesalahan dilakukan antaranya berhenti di petak kuning, tiada lesen memandu dan ubah suai struktur atau peralatan kenderaan, nombor plat tidak mematuhi spesifikasi, tiada cermin sisi serta lampu brek tidak berfungsi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Operasi terbabit melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi penguatkuasaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

    MENARIK:  Kontroversi kenyataan Teo: Pemilik portal dipanggil polis

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini mengumumkan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan dilancarkan bermula Selasa (4 Jun) hingga 15 Jun ini bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya dan menguatkuasakan peraturan lalu lintas di bandar raya ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah