24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nik Nazmi terbuka dicabar Afdlin Shauki

    Shopee Sale

    Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui terbuka jika ada mana-mana individu mahu bertanding bagi merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada pengundian PKR 2025.

    “… kerana kita raikan demokrasi, kita raikan semua ahli yang ingin bertanding,” katanya ketika ditanya mengenai pelakon, pelawak dan pengarah filem Datuk Afdlin Shauki yang akan mencabarnya bagi jawatan berkenaan.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Cawangan Hijau Pertama Agrobank Bagan Serai di Bagan Serai hari ini.

    MENARIK:  ULASAN | Cabran yang perlu ditangani KKM

    Nik Nazmi bagaimanapun berkata pertandingan perlu berlangsung secara berhemah dan beliau tidak mengambil mudah semua calon yang bertanding.


    BACA BERKAITAN:

    Pemilihan cabang PKR: Afdlin dakwa Nik Nazmi terlalu sibuk


    “Semua mampu menang. Saya yakin ahli PKR Setiawangsa bersama saya,” katanya.

    Sebelum ini, Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dilaporkan mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa pada pengundian parti itu yang dijadualkan pada 24 Mei ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah