25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM akan dedah kartel padi beras tak lama lagi – Fuziah

    Shopee Sale

    Perdana menteri tidak lama lagi akan mendedahkan kartel padi dan beras yang telah meraih keuntungan dengan memonopoli barang makanan tersebut.

    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menyiapkan laporan mengenai perkara itu tetapi tidak dapat mendedahkannya buat masa ini.

    “Laporan itu sudah siap dan saya sendiri tengok tetapi saya tidak boleh mendedahkan apa intipatinya. Saya tidak boleh mendahului Perdana Menteri.

    “Kita tunggu Perdana Menteri dedahkan apa intipati laporan itu,” katanya, lapor Utusan Online.

    Kata Fuziah lagi, Kerajaan Madani berada di landasan tepat dalam usaha membanteras kartel padi dan beras sebagaimana tindakan terhadap kartel industri pengeluaran ayam negara.

    MENARIK:  SPRM siasat pegawai unit integriti ditahan di pusat hiburan

    “Pada awal 2023 selepas Kerajaan Madani mengambil alih negara, perdana menteri mengeluarkan arahan untuk dibuat siasatan ke atas kartel. Hasil siasatan itu kita dapati memang ada pakatan.

    “Apabila kartel sudah dibanteras, kita dapati sekarang harga ayam terkawal dan paling tinggi kita dapati di kedai dijual pada harga RM8 sekilogram.

    "Itu contoh apabila kita banteras kartel kita dapat mengawal harga barang keperluan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah