24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    NGO lapor polis dakwa bekas MP fitnah Anwar, Saifuddin

    Shopee Sale

    Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) telah membuat laporan polis terhadap seorang bekas ahli parlimen atas dakwaan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

    Laporan polis berkenaan dibuat oleh Setiausaha SGGMSR Mejar (B) Razali Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 3 petang tadi.

    Razali mendakwa bekas ahli parlimen itu telah memfitnah Perdana Menteri dengan menuduh Anwar mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sehingga membawa kepada penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta.

    "Selain itu, beliau turut memfitnah kerajaan dengan mendakwa SPRM digunakan sebagai alat untuk mengugut ahli Parlimen yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

    "Kami berharap pihak polis segera menjalankan siasatan kerana fitnah seperti ini boleh mencetuskan persepsi negatif serta mencemarkan imej kerajaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

    MENARIK:  PAS juga sedia kerjasama dengan Umno, kata Afnan

    Razali turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar menghubungi syarikat media sosial yang terlibat untuk menurunkan kandungan berkenaan, yang menurutnya telah ditonton lebih 500,000 kali setakat ini.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah