25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen mohon maaf buat video menghina umat Islam

    Shopee Sale

    Seorang netizen yang mengundang kemarahan sesetengah orang tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya menghina agama Islam.

    Dalam video yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini, Vijayan Savarinathan mengaku apa yang dilakukannya adalah tidak wajar dan memohon maaf seikhlas hati kepada semua orang Melayu dan Islam.

    Katanya kenyataan dibuatnya baru-baru ini adalah kesan daripada beberapa insiden sebelum itu yang mengganggu perasaannya.

    “Apa yang saya buat ini memang tak patut. Apa yang (saya) cakap tu pun tak patut.

    “(Puncanya) Sebab dia orang buat video tu, saya pun marah tak boleh tahan.

    “Kali-kali kita (penganut Hindu) kena hina, tapi itu bukan alasan bagi saya untuk cakap apa yang saya cakap dalam video tu,” katanya.

    Kenyataan Vijayan itu merujuk kepada kontroversi dilakukan tiga penyampai stesen radio Era FM yang dianggap menghina penganut Hindu.

    Bagaimanapun ketiga-tiga mereka – Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy – sudah meminta maaf. Tidak cukup dengan itu mereka juga berkunjung ke Batu Caves untuk sekali lagi memohon maaf. https://www.malaysiakini.com/news/736313

    MENARIK:  'Makanan cukup tapi tak boleh leka': Mat Sabu jawab sindiran Wan Saiful

    Tidak dapat dipastikan apa atau siapa yang mendorong ketiga-tiga mereka bertindak sedemikian.

    Nabil, Azad dan Radin turut digantung tugas oleh Era FM bersama dua kakitangan lain.

    Vijayan menyiarkan video yang didakwa menyinggung perasaan itu pada 5 Mac lalu. Bagaimanapun hantaran tersebut sudah dipadamkan.

    Polis sedang menyiasat kes itu, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sudah mengeluarkan notis nita untuk menggantung lesen penyiaran Era FM kepada pengendali stesen tersebut, Astro Audio.

    Mereka diberikan tempoh 30 hari untuk memberi maklum balas terhadap notis tersebut sebelum MCMC membuat sebarang keputusan. https://www.malaysiakini.com/news/736428

    Beberapa ahli politik, termasuk Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, juga telah menggesa tindakan terhadap Vijayan.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain yang dipetik New Straits Times pada 7 Mac lalu berkata, Vijayan dipercayai berada di luar negara namun usaha menjejakinya masih diteruskan.

    Kata Razarudin, Vijayan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta MCMC 1998.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah