25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keputusan kes Najib babitkan dana RM2.3 bilion 1MDB pada 26 Dis

    Shopee Sale

    Selepas perbicaraan selama 302 hari yang berlangsung dalam tempoh tujuh tahun, Mahkamah Tinggi Putrajaya hari ini menetapkan 26 Disember ini untuk menyampaikan keputusan terhadap Najib Razak berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

    Bekas Perdana Menteri itu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

    Hakim Collin Lawrence Sequerah, yang kini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menetapkan tarikh keputusan itu walaupun pihak pembelaan masih belum selesai mengemukakan hujahan balas.

    MENARIK:  Polis tahan mekanik disyaki tanam janin teman wanita

    “Pihak pembelaan boleh meneruskan hujahan pada 4 Nov ini…saya tahu ia mungkin berlanjutan ke hari tersebut. Namun saya nyatakan di sini bahawa keputusan akan saya sampaikan pada 26 Dis,” katanya.

    Terdahulu, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia akan meneruskan hujah selepas solat Jumaat, namun permohonan itu ditolak oleh hakim kerana mempunyai urusan lain.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah