Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan awal Najib Razak terhadap rayuan Peguam Negara (AG) kes semakan kehakiman oleh bekas perdana mnteri itu berhubung titah adendum.
Berita Harian melaporkan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, asnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama-sama Zabariah Mohd Yusof dan Hanipah Farikullah menolak bantahan itu secara sebulat suara.
Sehubungan itu, panel menetapkan esok untuk mendengar rayuan AG yang mengemukakan tujuh persoalan bagi diputuskan mahkamah tertinggi negara.
Rayuan AG itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu, yang membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
Titah tersebut dipercayai diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang didakwa membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, berhubung sabitan kesalahan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Ia bagi mendapatkan perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan titah bertarikh Januari tahun lalu.
[Berita penuh menyusul]





