25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Najib: Akaun Ambank saya diguna untuk tujuan CSR

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri, Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa akaun AmBank miliknya digunakan untuk tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan saman SRC International terhadapnya hari ini, Najib berkata, akaun yang berakhir dengan nombor 694 itu dibuka pada 2011 dan ditutup dua tahun kemudian.

    Peguam SRC International, Lim Chee Wee, menyoal balas Najib berhubung penyata bank milik bekas perdana menteri itu yang menunjukkan sebanyak AS$70 juta dimasukkan ke akaun berkenaan pada tahun 2012.

    "Itu adalah akaun CSR saya. Ia atas nama peribadi saya (tetapi) ia bukan untuk urusan peribadi saya," kata bekas penasihat emeritus SR itu kepada hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

    Najib disaman atas dakwaan penyelewengan pinjaman sebanyak AS$1.18 bilion yang diterima SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

    Semalam, bekas perdana menteri itu menyatakan kemusykilannya tentang mengapa ahli lembaga pengarah SRC tidak secara langsung merujuk kepadanya mengenai perkara yang berkaitan dengan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

    SRC memfailkan saman itu di bawah pengurusan baru pada Mei 2021, dengan mendakwa Najib melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa, serta memperoleh keuntungan peribadi daripada dana syarikat itu, selain menyelewengkan berbilion ringgit.

    MENARIK:  SWCorp siasat beras, barang dapur dibuang di tapak pelupusan sampah

    SRC juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa defendan bertanggungjawab atas kerugian syarikat itu akibat dakwaan pelanggaran tanggungjawab dan amanah, serta memohon Najib membayar balik RM42 juta.

    Plaintif turut memohon perintah mahkamah agar Najib dipertanggungjawabkan atas kerugian AS$1.18 bilion SRC dan membayar balik AS$120 juta yang didakwa dimasukkan ke akaun bank bekas menteri kewangan itu.

    Saman sivil terhadap Najib ini berkaitan dakwaan penyelewengan sebahagian daripada pinjaman RM4 bilion - RM3.6 bilion atau AS$1.18 bilion pada kadar pertukaran mata wang asing antara 2011 dan 2012 - yang diterima syarikat itu daripada KWAP antara 2011 dan 2012.

    KWAP adalah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

    Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun berhubung kes jenayah berasingan yang melibatkan kes rasuah berkaitan dana RM42 juta daripada SRC.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah