28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    N Sembilan perkenal beras Perpatih

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Sembilan hari ini memperkenalkan jenama beras sendiri yang dinamakan ‘Perpatih’ bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini sekali gus membangunkan industri padi dengan lebih meluas, kata Exco Kanan negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias.

    Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri berkata bekalan padi itu diperoleh sepenuhnya daripada kawasan penanaman padi di seluruh negeri termasuk Gemas, Jelebu dan Kuala Pilah.

    “Buat masa ini bekalan beras kita masih tidak mencukupi...oleh itu kita buat inisiatif iaitu pesawah menghantar bekalan padi untuk dikilangkan dan dibungkus sebagai beras Perpatih, ia dijual untuk keperluan masyarakat Negeri Sembilan terlebih dahulu.

    “Kita cuma ada sekitar 580 hektar kawasan yang diusahakan sebagai kawasan penanaman padi daripada keseluruhan 1,200 hektar, masih banyak lagi belum ditanam dan akan dilakukan berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jenama beras berkenaan sempena Negeri Sembilan Fest (NS Fest) di Nilai hari ini.

    Beliau berkata pada masa ini, beras dengan harga RM26 bagi setiap paket 10 kilogram itu akan dijual melalui Jualan Negeri Sembilan Prihatin di seluruh negeri selain diedarkan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

    MENARIK:  PN umpama parti 'kura-kura', sanggup sorok kepala gadai prinsip - Zahid

    Dalam pada itu, Jalaluddin berkata bagi memastikan bekalan beras negeri sentiasa berterusan, pihaknya mengambil beberapa langkah termasuk membaiki infrastruktur ladang, sistem pengairan dan program transformasi teknologi termasuk penggunaan dron bagi tujuan pembajaan dan racun.

    Selain itu, beliau berkata pihaknya turut menjalinkan kerjasama bersama syarikat swasta dengan mewujudkan Pusat Pengumpulan Padi di Melang, Kuala Pilah.

    Beliau berkata kerajaan negeri turut menyediakan Insentif Khas Pengeluaran Padi iaitu setiap tan padi yang dihantar akan menerima tambahan RM100 dan terhad 20 tan bagi setiap pesawah semusim sekali gus sebagai galakan kepada mereka untuk menghantar beras ke pusat pengumpulan padi tersebut.

    “Insya-Allah, untuk langkah jangka panjang kerajaan negeri dalam peranancangan untuk membina kilang pemprosesan padi sendiri,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah