25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muda, Syed Saddiq tak akan sertai jelajah PN – Amir

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman tidak akan menyertai siri jelajah bersama Perikatan Nasional (PN), kata setiausaha agung parti itu, Amir Hariri Abd Hadi.

    Mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini, Amir juga mengulangi pendirian Muda sebagai kuasa ketiga serta berperananan sebagai semak dan imbang.

    "Muda sebulat suara, memberikan komitmen sebagai blok ketiga dalam dan luar Parlimen dan akan terus menjadi semak dan imbang kepada kedua-dua blok utama dalam politik Malaysia.

    "Isu penyertaan Muda dalam acara yang tular telah pun dijawab oleh pimpinan Muda. Kami ingin sekali lagi, secara tegas mengingatkan kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan melangkaui keputusan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Malaysiakini telah menghubungi Syed Saddiq dan wakil PN untuk mendapatkan komen tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas.

    Dua hari lalu, Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata kepimpinan Muda akan bertemu untuk membincangkan hala tuju parti dan juga untuk memutuskan sama ada parti itu akan menyertai siri jelajah bersama PN.

    MENARIK:  Ramanan: Kekuatan PKR bukan pada tokoh pimpinan tapi akar umbi

    Minggu lalu, Muhyiddin mengumumkan PN akan memulakan jelajah ke seluruh negara untuk menerangkan hal ehwal semasa kepada orang ramai selepas bulan Ramadan.

    Siri jelajah itu katanya akan turut disertai Syed Saddiq.

    Susulan itu, setiausaha agung parti itu, Amir berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam jawatankuasa pimpinan pusat.

    Syed Saddiq kemudiannya mewajarkan penyertaannya dalam siri jelajah itu dengan mengatakan ia tidak bermakna dia menyokong pakatan pembangkang.

    Amira juga mengulangi bahawa Muda hanya bekerjasama dengan PSM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah